Wanita yang membuat dakwaan gangguan terhadap mantan Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, telah membawa perkara itu kepada tahap lebih tinggi dengan menghantar e-mel kepada Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong.
Apabila beliau melakukan demikian, isu berkenaan tidak lagi menjadi perkara peribadi yang dipersetujui bersama antara dua individu, kata Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara...





