Dalam dunia yang semakin kompleks dan tidak menentu, Home Team perlu bergerak lebih pantas merentasi domain fizikal dan digital memandangkan ancaman boleh merentasi sempadan dengan lebih mudah.
Menyatakan demikian Menteri Undang-undang merangkap Menteri Kedua (Ehwal Dalam Negeri), Encik Edwin Tong, berkata ini bermakna pegawai Home Team perlu bertindak lebih awal dalam mengenal pasti ancaman bagi melindungi Singapura.





