Bekas Ketua Pakar Penyakit Berjangkit Amerika Syarikat, Dr Anthony Fauci, memberi keterangan di hadapan Jawatankuasa Keselamatan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pemerintah Senat di Capitol Hill, Washington, pada 29 Julai 2026. Fauci menggunakan hak di bawah Pindaan Kelima Perlembagaan Amerika Syarikat untuk enggan menjawab soalan berkaitan siasatan mengenai punca pandemik COVID-19 dan dakwaan pembiayaan penyelidikan virus di Wuhan, sekali gus menghidupkan semula perdebatan yang berlarutan sejak wabak itu bermula.
DuniaJul 30, 2026 | 7:09 PM

Diari bekas ketua pakar Covid-19 AS cetus semula polemik kebocoran makmal Wuhan, di China

WASHINGTON: Bekas penasihat utama penyakit berjangkit Amerika Syarikat, Dr Anthony Fauci, enggan menjawab soalan dalam satu pendengaran Senat yang tegang selepas menggunakan hak di bawah Pindaan Kelima Perlembagaan Amerika Syarikat lebih 100 kali bagi mengelakkan dirinya daripada memberi keterangan yang mungkin boleh digunakan dalam pendakwaan jenayah.

Keputusan Dr Fauci itu mencetuskan konfrontasi baharu dengan Senator Republikan dari Kentucky, Rand Paul,...

Penunggang motosikal beratur panjang untuk mengisi minyak di stesen minyak di tengah-tengah kekurangan bekalan bahan api, di pulau peranginan Bali, Indonesia, pada 14 Oktober 2026.
DuniaOct 24, 2026 | 2:04 PM

Indonesia kurangkan eksport gas asli ke Spura mulai 24 Okt

JAKARTA: Indonesia mula mengurangkan eksport gas asli ke Singapura sebanyak 31 bilion unit terma British sehari (BBTUD) bermula 24 Oktober, ketika pemerintah Presiden Prabowo Subianto bertindak memberi keutamaan kepada keperluan tenaga domestik di tengah-tengah kebimbangan berhubung keselamatan tenaga.

Pengurangan yang menjejas bekalan gas yang disalurkan menerusi paip dari Natuna dan Sumatra, berlaku hanya beberapa hari selepas Menteri Tenaga dan Sumber...

Dapatan Kementerian Penerangan dan Pembangunan Digital (MDDI) menerusi interaksi dengan lebih 2,000 belia dan ibu bapa mendapati sebahagian besar mereka menyokong pendekatan berperingkat terhadap akses media sosial, berdasarkan kumpulan usia kanak-kanak.
SingapuraOct 24, 2026 | 1:14 PM

Ibu bapa, belia sokong akses media sosial diberi ikut usia kanak-kanak

Sebahagian besar ibu bapa dan golongan belia menyokong pendekatan berperingkat yang membenarkan akses media sosial berdasarkan kumpulan usia kanak-kanak.

Lebih separuh daripada golongan ini juga bersetuju bahawa kanak-kanak berusia enam tahun dan ke bawah tidak seharusnya mempunyai akses kepada media sosial.

Laporan Penilaian Keselamatan Dalam Talian (OSAR) bagi D-ADS yang diterbitkan Penguasa Pembangunan Infokom Media pada 24 Oktober mendapati 65 aplikasi dengan kandungan tidak sesuai untuk orang awam bagi lima khidmat pengedaran aplikasi yang ditetapkan (D-ADS) utama di sini.
SingapuraOct 24, 2026 | 12:40 PM

IMDA padam 65 aplikasi kandungan tidak sesuai, berbahaya

Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) telah memadam 65 aplikasi yang didapati mempunyai kandungan tidak sesuai atau berbahaya untuk orang awam.

Aplikasi tersebut ditawarkan di lima khidmat pengedaran aplikasi yang ditetapkan (D-ADS) utama di Singapura telah dikesan IMDA dalam satu usaha audit aplikasi, menurut Laporan Penilaian Keselamatan Dalam Talian (OSAR) bagi D-ADS, yang julung-julung kalinya diterbitkan pada 24 Oktober.

perikatan nasional
MalaysiaOct 24, 2026 | 5:30 AM

PN dapat ‘nyawa kedua’, boleh guna logo sendiri di PRN Melaka

Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 22 Oktober membenarkan Perikatan Nasional (PN) menggantung pelaksanaan notis pembatalan pendaftarannya, membolehkan gabungan pembangkang itu bertanding menggunakan logo sendiri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16, 14 November ini.

Namun, masa depan jenama politik PN itu dan sama ada ia masih boleh diselamatkan daripada dibatalkan, bergantung pada keputusan muktamad mahkamah kelak, walaupun Jabatan Pendaftaran...

Loji jana kuasa nuklear Rooppur di Ishwardi, Bangladesh.
SingapuraOct 24, 2026 | 5:30 AM

Sekilas fakta menarik tenaga nuklear

Reaktor modular kecil (SMR) merupakan reaktor nuklear maju dengan kapasiti kuasa sehingga 300 megawatt elektrik (MW).

Ini sekitar satu pertiga daripada kapasiti penjanaan loji kuasa nuklear tradisional, menurut Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA).

Bentuk pasta buatan tangan suntik cita rasa Melayu
Play Video

‘Sekampung’ bantu ibu bapa kurang daya penglihatan besarkan anak
Play Video

Biasiswa pengajian Melayu MAS dipertingkat, perkasa ilmuwan serantau
Play Video

Kepentingan Bahasa Melayu di rantau kita
Play Video

BH Jelaskan: Kalau jerebu tambah teruk, apa yang bakal berlaku?
Play Video