Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) 2027 akan kembali ke Padang bagi memperingati 60 tahun Perkhidmatan Negara (NS), kata Menteri Pertahanan, Encik Chan Chun Sing, pada 25 Ogos.
“Tahun depan akan menjadi tahun istimewa,” katanya, sambil menambah bahawa penganjur akan merancang sesuatu yang istimewa untuk semua rakyat Singapura, khususnya mereka yang telah menjaga keselamatan negara sepanjang lebih 60 tahun lalu.
Singapura membida untuk menjadi tuan rumah sebuah tribunal antarabangsa bagi menyelesaikan pertikaian antara pelabur asing dengan negara berdaulat, demi memenuhi keperluan mendesak terhadap sistem penyelesaian pertikaian pelaburan yang dipercayai.
Pada 25 Ogos, Menteri Undang-Undang, Encik Edwin Tong mengumumkan bidaan itu dan berkata aturan berasaskan peraturan yang memacu pertumbuhan perdagangan dan pelaburan dunia sejak beberapa dekad lalu kini semakin tertekan.
Sebuah pesawat elektrik yang direka, dibangunkan dan dibina di Singapura telah menamatkan fasa pertama ujian penerbangannya di Cochstedt, Jerman.
Prototaip pesawat elektrik berlepas dan mendarat secara vertikal (eVTOL) itu dibina oleh pasukan yang merangkumi lebih 20 pelajar dan alumni, serta Profesor James Wang dari Universiti Teknologi Nanyang (NTU).
Nasihat bekas juara dunia kepada raja badminton yang baharu dinobatkan: Nikmati saat ini dan tuai ganjaran yang wajar diperoleh.
Itulah kata-kata ‘hikmah’ daripada pemain badminton nombor satu Singapura, Loh Kean Yew, kepada bintang muda Perancis, Alex Lanier.
Sebuah video TikTok yang memaparkan kemeriahan perlawanan bola sepak Singapura di Stadium Negara pada 2007 mengimbau nostalgia warga setempat terhadap zaman kegemilangan ‘Kallang Roar’.
Daripada gegaran lantai stadium akibat puluhan ribu penyokong melompat serentak hingga ‘Kallang Wave’ yang mengelilingi tempat duduk penonton, video yang dikongsi di media sosial itu membuat ramai terkenang suasana menyaksikan skuad Singa beraksi hampir dua dekad...





