Seorang lagi anggota veteran Parti Tindakan Rakyat (PAP), mantan Anggota Parlimen (AP) GRC Hong Kah, Encik Kenneth Chen Koon Lap, meninggal dunia pada 17 Ogos.
Ini menyusuli pemergian mantan AP Chua Chu Kang, mendiang Tang See Chim, pada 15 Ogos.
Seorang lagi anggota veteran Parti Tindakan Rakyat (PAP), mantan Anggota Parlimen (AP) GRC Hong Kah, Encik Kenneth Chen Koon Lap, meninggal dunia pada 17 Ogos.
Ini menyusuli pemergian mantan AP Chua Chu Kang, mendiang Tang See Chim, pada 15 Ogos.
Sebuah kemudahan penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) rangka pesawat baharu bernilai $170 juta di Changi Creek bakal menggajikan lebih 500 pekerja dan menggunakan teknologi dron serta robot bagi meningkatkan kecekapan.
Kemudahan itu, keempat bagi ST Engineering di Singapura, akan memanfaatkan robot humanoid (mirip manusia), dron dan percetakan 3D bagi memudahkan kerja dan meningkatkan daya penghasilan.
Masjid Ar-Raudhah di Bukit Batok telah memulakan fasa ketiga kerja naik taraf bernilai $9.4 juta pada Julai lalu.
Usaha tersebut bertujuan memperluas kapasiti dan mempertingkatkan akses lebih mesra jemaah selain kemudahan untuk kegiatan kemasyarakatan dan pembelajaran di masjid, kata Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) dalam satu kenyataan pada 9 Oktober.
KUALA LUMPUR: Keadaan jerebu yang semakin buruk di Malaysia memaksa sekolah di enam negeri, selain Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, ditutup pada 9 Oktober.
Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek, berkata negeri terjejas ialah Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, selain Johor yang sekolahnya ditutup sehari lebih awal, mulai 8 Oktober.
Syarikat katering Gourmetz didenda $13,000 atas kesalahan keselamatan makanan selepas murid Sekolah Rendah River Valley mengalami gastroenteritis (radang perut dan usus) akibat memakan makanan yang disediakan syarikat tersebut.
Syarikat itu mengendalikan kantin sekolah tersebut di bawah model baharu penyediaan makanan sekolah menggunakan dapur pusat.
Singapura mengutuk sekeras-kerasnya serangan terbaru kumpulan Houthi terhadap prasarana penerbangan awam di Arab Saudi yang mengakibatkan kematian dan kecederaan dalam kalangan orang awam.
Kementerian Ehwal Luar (MFA) dalam satu kenyataan pada 9 Oktober menegaskan bahawa serangan sedemikian tidak boleh diterima dan tidak mempunyai sebarang alasan yang boleh membenarkannya.





