Singapura berusaha memperkukuh kedudukannya sebagai hab pengurusan aset terkemuka menerusi tiga langkah baharu bagi menarik pengurus dana serta menggalakkan mereka menempatkan aktiviti perniagaan, modal dan tenaga kerja di sini.
Diumumkan Penguasa Kewangan Singapura (MAS) pada 19 Ogos, langkah itu termasuk laluan pengurusan pelaburan baharu di bawah Pas Rangkaian dan Kepakaran Luar Negara (One Pass) Kementerian Tenaga Manusia (MOM), pengecualian cukai...





