TANGKAK (Johor): Kerajaan Johor akan menyumbangkan enam ambulans baharu kepada kemudahan kesihatan di seluruh negeri pada 2026 bagi memperkukuh perkhidmatan kecemasan.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, Encik Ling Tian Soon, berkata Klinik Kesihatan Sungai Mati di Tangkak menjadi antara penerima sumbangan tersebut.





