WASHINGTON: Amerika Syarikat memperluas sekatan terhadap pihak ketiga yang berurus niaga dengan sektor utama Iran, selepas rundingan damai bagi menamatkan konflik yang berlarutan hampir enam bulan itu menemui jalan buntu.
Langkah agresif itu diambil bagi memutuskan “talian hayat ekonomi” Teheran bagi memaksa negara tersebut tunduk kepada desakan sejagat berikutan kegagalan usaha diplomasi di lapangan.





