Meskipun perkembangan pantas penggunaan kecerdasan buatan (AI) telah mencetuskan kebimbangan mengenai kehilangan pekerjaan, beberapa syarikat teknologi kewangan atau ‘fintech’ di Singapura sebaliknya meningkatkan pengambilan pekerja disebabkan teknologi berkenaan.
Langkah peluasan perniagaan turut mendorong pertambahan tenaga kerja, dengan syarikat-syarikat tersebut menyatakan bahawa pengambilan bakat yang sesuai – terutamanya mereka yang berkebolehan memanfaatkan AI – adalah kunci utama.





