PENGERANG (Johor): Pasukan pemadam berjaya memadamkan 25 hektar atau 48.6 peratus daripada keseluruhan 51.4 hektar kawasan tanah gambut yang terbakar di Jalan Pintasan Punggai-Sebana Cove di sini.
Menurut laporan keadaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor setakat 12 tengah malam, 26 Ogos, operasi masih diteruskan bagi menangani baki kawasan seluas 26.4 hektar.





