Penyerang Tanjong Pagar United, Taufik Suparno, sering dilabel sebagai super sub – pemain yang dimasukkan ke padang daripada bangku simpanan dan memberi impak besar.
Larian yang rajin serta gaya permainan agresif menjadi kekuatannya untuk mengucar-kacirkan pertahanan lawan yang mungkin mula ‘pancit’ di minit-minit akhir.





