Mantan Timbalan Perdana Menteri serta Penasihat Kanan di Pejabat Perdana Menteri (PMO), Encik Teo Chee Hean, menerima ijazah kehormat daripada Universiti Teknologi Nanyang (NTU) pada 26 Ogos atas sumbangannya kepada Singapura selama beberapa dekad.
Selepas menceburi politik pada Disember 1992, Encik Teo menyandang beberapa jawatan Kabinet, termasuk Menteri Ehwal dalam Negeri, Pertahanan dan Pendidikan.





