Di bawah Rangka Kerja Pengurusan Kucing, pemilik kucing perlu memasang mikrocip dan memohon lesen untuk kucing peliharaan masing-masing menjelang 31 Ogos.
SingapuraAug 27, 2026 | 3:35 PM

Penjagaan asas kucing: Perkara yang perlu diketahui setiap pemilik

Kucing boleh menjadi haiwan peliharaan yang membawa keseronokan dan mendatangkan kepuasan jika dipelihara dengan baik, namun keperluannya sering disalah faham.

Sama ada anda merupakan pemilik kucing kali pertama atau sudah berpengalaman bertahun-tahun memelihara kucing, berikut adalah asas penjagaan kucing secara bertanggungjawab.

Cik Suhaila Omar, yang lebih dikenali sebagai Ayla Aireka, merupakan antara anggota terbaharu Angkatan Pelukis Aneka Daya (Apad) yang mengetengahkan karya mereka dalam pameran AKAR Kontemporari 2026, sempena ulang tahun ke-64 persatuan seni tersebut.
SingapuraOct 18, 2026 | 5:43 PM

Sorakan pelajar jadi inspirasi karya seni anggota terbaharu Apad

Sorakan semangat sekumpulan pelajar ketika menyokong pasukan bola sepak sekolah mereka mungkin kedengaran seperti perkara biasa.

Namun, bagi Cik Suhaila Omar, yang lebih dikenali sebagai Ayla Aireka, laungan tersebut meninggalkan kesan mendalam sehingga menjadi inspirasi di sebalik karya seninya, Demi Lambang Di Dada (Rising Through Change).

Suasana jerebu di Toa Payoh, Bishan dan Ang Mo Kio pada 12.40 tengah hari pada 18 Oktober. Bacaan PSI 24 jam ialah 180, manakala bacaan PM2.5 satu jam ialah 65 di bahagian tengah Singapura pada 12 tengah hari.
SingapuraOct 18, 2026 | 4:45 PM

PSI cecah paras tertinggi baharu di bahagian barat

Mutu udara di seluruh bahagian Singapura kekal buruk pada 18 Oktober, dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (PSI) 24 jam di bahagian barat mencecah paras tertinggi bagi tempoh ini, iaitu 230 pada 10 pagi, sebelum turun sedikit kepada 227 pada tengah hari.

Pada tengah hari, bacaan PSI bagi kawasan lain kekal dalam julat tidak sihat, iaitu antara 127 dengan 180 –...

Ibu orang utan bersama anaknya dipindahkan selepas terperangkap akibat kebakaran hutan dan tanah di kawasan ladang kelapa sawit di Kalimantan Barat pada 18 September.
DuniaOct 18, 2026 | 4:40 PM

Puluhan orang utan diselamatkan daripada kebakaran hutan Indonesia

JAKARTA: Puluhan orang utan yang diancam kepupusan berjaya diselamatkan sejak beberapa minggu lalu daripada kebakaran hutan yang merebak merentasi Indonesia, kata kumpulan pemeliharaan.

Kebakaran yang mencetuskan pencemaran berpanjangan selama beberapa bulan itu telah menyebabkan langkah penutupan sekolah, meningkatkan kes penyakit pernafasan dalam kalangan orang awam serta haiwan dan mengehadkan kegiatan luar di Indonesia, Malaysia, Singapura dan Timor-Leste.

Ahli keluarga mangsa insiden rempuhan perayaan Hindu, Durga Puja, meratapi pemergian insan tersayang di depan bangunan kecemasan Kolej Perubatan dan Hospital Calcutta di Kolkata pada 17 Oktober.
DuniaOct 18, 2026 | 4:35 PM

19 maut, 25 cedera dalam rempuhan acara keagamaan di India

KOLKATA: Sekurang-kurangnya 19 orang terkorban manakala lebih 20 lagi cedera pada 17 Oktober di timur India selepas satu insiden rempuhan susulan hujan lebat berlaku secara tiba-tiba ketika satu acara keagamaan Hindu, menurut pihak berkuasa dan media tempatan.

Ketua Menteri Bengal Barat, Encik Suvendhu Adhikari, berkata mangsa yang terkorban termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun, manakala 25 lagi cedera di...

Malaysia sedang meneroka penggunaan dron untuk menghantar kargo kritikal ke kawasan pedalaman dan terpencil.
MalaysiaOct 18, 2026 | 3:36 PM

M’sia teroka guna dron hantar kargo kritikal ke kawasan pedalaman

PUTRAJAYA: Dron bakal digunakan untuk menghantar bekalan perubatan, sampel darah dan kargo kritikal lain ke masyarakat pedalaman serta kawasan terpencil di Malaysia, selaras dengan hasrat negara tersebut untuk membangunkan sektor penerbangan altitud rendah.

Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), Datuk Norazman Mahmud, berkata perkhidmatan kargo sedemikian berpotensi besar untuk dimanfaatkan di kawasan perladangan, pulau serta kemudahan luar...

Biasiswa pengajian Melayu MAS dipertingkat, perkasa ilmuwan serantau
Play Video

Kepentingan Bahasa Melayu di rantau kita
Play Video

BH Jelaskan: Kalau jerebu tambah teruk, apa yang bakal berlaku?
Play Video

Muis lancar unit khusus tumpu isu wanita, keluarga
Play Video

Grace Fu: S’pura pertimbang ambil tindakan terhadap syarikat sebabkan jerebu
Play Video