Pengasas Ministry of Spud, Encik Abdul Khalil Abdul Mohsen, bersama isterinya, Cik Marinah Umiharty Abdullah, dengan hidangan terkenal mereka Mac & Cheese Spud yang dilengkapi Bang Bang Sauce buatan sendiri.
Kaki makanAug 28, 2026 | 10:42 AM

‘Bang Bang Sauce’ jadi kegilaan, cetus barisan panjang di Ministry of Spud

Sebelum gerai Ministry of Spud dibuka, barisan pelanggan sudah mula terbentuk, dengan kebanyakannya golongan Gen Z dan Gen Alpha yang sanggup datang awal untuk menikmati kentang bakar yang tular di TikTok.

Ada juga yang mengejar satu ganjaran, pelanggan pertama dalam barisan akan menerima makanan secara percuma dan sering ditampilkan dalam video TikTok jenama itu.

Speaker Parlimen Iran, Encik Mohammad Bagher Ghalibaf (kanan), bertemu Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Qatar, Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al Thani, di Teheran, Iran, pada 27 Ogos. Pertemuan itu berlangsung ketika Qatar meningkatkan usaha diplomatik bagi meredakan ketegangan dan membuka semula sepenuhnya Selat Hormuz kepada perkapalan antarabangsa.
DuniaAug 28, 2026 | 12:10 PM

Iran dilapor sedia bentang syarat buka semula Selat Hormuz

TEHERAN: Iran dilaporkan bersetuju menyediakan senarai syarat bagi membuka semula sepenuhnya Selat Hormuz kepada perkapalan antarabangsa, selepas Qatar meningkatkan usaha diplomatik untuk memulihkan kebebasan pelayaran di laluan strategik itu.

Perkembangan itu memberi sedikit harapan kepada usaha mengembalikan aliran perkapalan kepada keadaan sebelum perang, meskipun Amerika Syarikat dan Iran masih belum kembali ke meja rundingan secara langsung.

Encik Kamal Ashraff Kamil Jumaat berkata sebagai Duta Bahasa, beliau berharap dapat terus memartabatkan seni perbahasan dan pidato Melayu sebagai wadah membina keyakinan, mengasah daya fikir kritis serta menggalakkan lebih ramai belia menghargai keindahan Bahasa Melayu.
SingapuraAug 28, 2026 | 12:09 PM

Rasa kurang yakin bertutur dorong usaha kukuhkan Bahasa Melayu

Encik Kamal Ashraff Kamil Jumaat, 25 tahun, pernah berdepan kesukaran untuk bertutur dalam Bahasa Melayu dengan yakin meskipun dibesarkan dalam keluarga yang fasih dalam Bahasa Melayu dan Inggeris.

Lulusan dalam bidang undang-undang dari Universiti Nasional Singapura (NUS) yang baru dilantik sebagai Duta Bahasa 2026 itu berkata, walaupun beliau dapat mengikuti mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah, beliau kurang yakin untuk...

Pengawal perkhidmatan (service controller) memantau operasi bas dari bilik gerakan berpusat atau Pusat Kawalan Operasi Pintar yang baru di Depoh Bas Gali Batu.
SingapuraAug 28, 2026 | 12:00 PM

Inisiatif Bas 4.0 SMRT bernilai $6j manfaatkan automasi, AI bagi tingkat operasi, keandalan khidmat

Ekosistem bas di bawah SMRT Buses kini akan menggunakan lebih banyak automasi dengan bas yang dikendalikan syarikat itu dipantau dalam masa nyata melalui pusat kawalan operasi berpusat di Depoh Bas Gali Batu yang baru di Sungei Kadut.

Ini dapat dicapai menyusuli pelaksanaan inisiatif transformasi Bas 4.0, yang berteraskan teknologi dan kecerdasan buatan (AI), kata SMRT Buses dalam satu kenyataan pada...

Bekas panglima tentera Serb Bosnia, Ratko Mladic, mendengar terjemahan ketika kenyataan disampaikan selepas pertemuan antara pemimpin Serb Bosnia dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Sarajevo, Bosnia dan Herzegovina, pada 18 Mei 1993. Mladic, yang disabitkan atas jenayah perang, jenayah terhadap kemanusiaan dan pembunuhan beramai-ramai, termasuk pembunuhan kira-kira 8,000 lelaki dan kanak-kanak lelaki Islam di Srebrenica pada 1995, meninggal dunia dalam tahanan di The Hague pada 27 Ogos.
DuniaAug 28, 2026 | 11:41 AM

‘Penyembelih Bosnia’ Ratko Mladic meninggal dunia dalam tahanan pada usia 83 tahun

THE HAGUE: Bekas panglima tentera Serb Bosnia, Ratko Mladic, yang digelar “Penyembelih Bosnia” kerana peranannya dalam kekejaman ketika Perang Bosnia termasuk pembunuhan beramai-ramai kira-kira 8,000 lelaki dan kanak-kanak lelaki Islam di Srebrenica pada 1995, meninggal dunia dalam tahanan di The Hague pada usia 83 tahun.

Kematiannya diumumkan media pemerintah Serbia pada 27 Ogos.

Duta Bahasa, Cik Anis Qurratu’aini Azman ingin menghidupkan Bahasa Melayu menerusi bengkel pantun dan syair, persembahan seni, pengacaraan serta penyiaran.
SingapuraAug 28, 2026 | 11:20 AM

Bahasa Melayu dekat di hati Anis sejak kecil

Bahasa Melayu bukan sekadar bahasa pertuturan bagi Cik Anis Qurratu’aini Azman, malah ia membentuk jati diri dan menjadi asas kepada perjalanan seninya sejak kecil.

Membesar dalam keluarga yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa harian, penyampai radio sambilan berusia 36 tahun itu berkata kecintaannya terhadap bahasa ibunda dipupuk secara semula jadi melalui persekitaran di rumah.

Banjir Nepal-Tibet: Lebih 160 maut, pelancong dilapor hilang termasuk warga S’pura
Play Video

Ramai kawan ‘online’, tapi belia masih sunyi?
Play Video

Perkukuh kepimpinan, perkasa belia Melayu/Islam demi masa depan S’pura
Play Video

Lebih sokongan untuk ibu bapa besarkan anak
Play Video

PM Wong gesa masyarakat beri sokongan kepada Zaqy, kepimpinan Melayu/Islam
Play Video