Jika musim Liga Perdana Singapura (SPL) 2025/26 menyaksikan Young Lions diperkukuh dengan beberapa pemain import dari Brazil dan dua pemain senior tempatan, musim baharu 2026/27 pula bakal menyajikan wajah yang lebih segar.
Walaupun kumpulan pemain import tersebut gagal membawa Brazilian flair ke SPL pada musim lalu, skuad pembangunan nasional itu kini dipacu kehadiran beberapa tonggak import asal Jepun.





