Walaupun mempunyai anak yang ada autisme dan menghadapi pelbagai cabaran hidup, itu tidak pernah menjadi hambatan bagi dua ibu membantu penjaga lain yang mempunyai anak berlainan upaya.
Kededua ibu itu, Cik Punitha Tjia, 61 tahun, dan Cik Zoey Zuaswina Zupri, 36 tahun, masing-masing mempunyai anak dengan autisme dan telah meluaskan usaha mereka untuk menyokong penjaga lain berdasarkan pengalaman mereka.





