Satu program perintis baharu yang dinamakan ‘EmpowerHer’ telah dilancarkan di Institut Pendidikan Teknikal (ITE) Kolej Barat pada 30 Ogos bagi membekalkan wanita muda berusia 15 hingga 20 tahun dari pelbagai latar belakang dengan pengetahuan mengenai pencegahan Papilomavirus Manusia (HPV).
Kira-kira 80 wanita daripada sekolah itu serta penduduk yang tinggal di sekitar kawasan Keat Hong telah mendaftar bagi fasa permulaan program...





