Lebih banyak syarikat di Singapura kini menjalankan kegiatan penyelidikan dan pembangunan (R&D), dengan jumlah firma yang menjalankan R&D meningkat daripada 855 pada 2018, kepada 1,030 pada 2023.
Dalam tempoh yang sama, jumlah pekerjaan R&D dalam sektor industri meningkat daripada 24,466 kepada 32,509, mencatatkan pertumbuhan purata tahunan sekitar 5.8 peratus.





