KATHMANDU: Sebuah rumah hijau tiga tingkat yang kekal berdiri ketika arus banjir ganas memusnahkan hampir segala-galanya di sekelilingnya kini menjadi simbol luar biasa tentang kelangsungan hidup di tengah-tengah bencana besar Nepal.
Rumah milik keluarga Pyakurel di Dhunge Bazaar itu digelar sesetengah penduduk sebagai “rumah ajaib”, manakala pengunjung lain mengenalinya sebagai “rumah tular” selepas rakaman detik cemas keluarga tersebut tersebar luas...





