Selepas menimba pengalaman dalam dapur yang mengetengahkan masakan moden dan santapan mewah, beberapa cef tempatan kini memilih untuk memberi tumpuan kepada cita rasa Melayu.
Di restoran GENI, dua bekas cef The Black Hole Group, Cef Muhammad Zulfadli Normedi; dan Cef Muhammad Fadzil Abdul Kadir, mengetengahkan hidangan yang mengambil inspirasi daripada pelbagai pelosok Nusantara.





