Lebih banyak majikan di Singapura merancang membekukan gaji atau memberikan kenaikan lebih kecil pada 2027 berbanding 2026, berikutan peningkatan kos tenaga kerja dan keadaan perniagaan yang terus tidak menentu.
Menurut tinjauan baharu Persekutuan Majikan Kebangsaan Singapura (Snef), 51 peratus daripada 320 majikan merancang membekukan atau mengawal kenaikan gaji pada 2027, meningkat daripada 48 peratus bagi 2026.





