NOTTINGHAM (England): Kegagalan Tottenham Hotspur untuk menandatangani penyerang tulen walaupun telah berbelanja lebih £300 juta ($500 juta) pada musim panas ini kembali menghantui kelab London itu apabila sekadar seri 0-0 di padang Nottingham Forest pada 5 September.
Keputusan seri itu memberikan mereka mata pertama selepas tiga perlawanan Liga Perdana England (EPL) musim ini, namun mereka masih memburu gol pertama mereka.





