Rakyat Singapura digalak meluangkan masa sekurang-kurangnya 15 minit sehari untuk membaca sebagai sebahagian daripada cabaran di bawah satu gerakan baharu untuk memperkukuh tabiat membaca.
Menerusi Cabaran ReadSG, peserta boleh menetapkan matlamat peribadi, mengekalkan ‘streak’ membaca, mengumpul mata pengalaman serta syiling maya yang boleh ditebus.





