SEDANG Singapura menangani cabaran dalam pasaran pekerja ekoran kesan ketidaktentuan ekonomi dan geopolitik pascapandemik, Kementerian Tenaga Manusia (MOM) akan menggandakan usaha untuk meluaskan peluang, perkukuhkan sokongan dan memupuk tempat kerja yang adil serta inklusif.
Ini termasuk melabur untuk merangsang gaji dan kemahiran pekerja bergaji rendah, dengan sehingga 9 dalam 10 pekerja itu meraih manfaat daripada Gaji Progresif (PW) menjelang Julai...





