SEMANGAT LEBARAN: Walaupun sibuk menjelang Syawal, kaum wanita pada zaman dahulu tetap sempat membuat kuih-muih sendiri dan jarang membelinya daripada kedai-kedai.
SEMANGAT LEBARAN: Walaupun sibuk menjelang Syawal, kaum wanita pada zaman dahulu tetap sempat membuat kuih-muih sendiri dan jarang membelinya daripada kedai-kedai.
Singapura menduduki tempat pertama bagi kategori ketenteraman dan keselamatan, menurut satu indeks yang diterbitkan oleh Projek Keadilan Dunia (WJP), sebuah kumpulan advokasi bebas yang berpangkalan di Amerika Syarikat.
Negara ini juga berjaya mempertahankan kedudukan tempat kedua di dunia bagi kategori ketiadaan rasuah pada 2026 – belakang Denmark – buat dua tahun berturut-turut sejak 2025.
Syarikat-syarikat tersenarai yang terlibat dalam kegiatan haram yang menyebabkan jerebu rentas sempadan mungkin berdepan dengan tindakan undang-undang serta implikasi kewangan, kata Menteri Pembangunan Negara, Encik Chee Hong Tat.
“Akibat dan penalti ini bukan sahaja menjejaskan pengarah serta pihak pengurusan syarikat tersebut.
Singapura memperuntuk tambahan dana sebanyak $135 juta bagi memperkukuh perlindungan pantai dan daya tahan terhadap banjir.
Dana baharu itu akan disalurkan kepada penyelidikan bagi menghasilkan penyelesaian dalam tiga bidang utama – meningkatkan kecekapan pembinaan bagi kerja perlindungan pantai pada masa depan; mengoptimumkan penggunaan pintu kawalan pasang surut dan stesen pam di kawasan bandar yang padat; serta mempertingkat penyelesaian digital bagi...
Perbadanan Pelaburan Pemerintah Singapura (GIC) dan syarikat pelaburan milik negara, Temasek, menolak dakwaan mereka atau kakitangan mereka mendesak penyedia indeks antarabangsa Morgan Stanley Capital International (MSCI) supaya mempertimbangkan penurunan taraf klasifikasi pasaran saham Indonesia.
Penafian itu dibuat susulan tuduhan pada 20 Oktober oleh mantan Menteri Perdagangan Indonesia, Encik Muhammad Lutfi, bahawa kedua-dua pelabur itu memaksa MSCI mempertimbangkan penurunan taraf Indonesia.
Pembayar cukai diingatkan agar tidak membuat tuntutan palsu, tidak tepat atau tanpa bukti bagi perbelanjaan berkaitan pekerjaan, seperti kos makanan peribadi, bil telefon peribadi dan tambang pengangkutan awam bagi perjalanan antara rumah dengan tempat kerja, kata Penguasa Hasil Mahsul Singapura (Iras).
Dalam kenyataan pada 21 Oktober, Iras berkata ia sedia maklum tentang penyebaran maklumat mengelirukan yang menggalak pembayar cukai membuat...





