Seramai 700 orang di Singapura akan menerima barangan keperluan seperti alat pembersih udara dan minuman isotonik dalam beberapa hari akan datang bagi membantu mereka menghadapi jerebu dan cuaca panas.
Dalam kenyataan pada 7 September, Palang Merah Singapura (SRC) berkata ia akan mempertingkatkan responsnya bagi membantu golongan yang mudah terjejas akibat mutu udara buruk.





