SEPERTI ibu bapa baru lain, Encik Firdaus Zahran Zulkifli dan Cik Nurashikin Awath teruja menyambut kelahiran anak sulung mereka, Elliyeen, pada September 2019. Bagaimanapun ia bertukar menjadi kebimbangan apabila Covid-19 mula menular ke negara ini beberapa bulan kemudian.
Oleh kerana tidak banyak yang diketahui tentang virus tersebut ketika itu, kebimbangan utama pasangan itu ialah bagaimana ia akan menjejas bayi mereka...





