JOHOR BAHRU: Kerajaan digesa melaksanakan langkah perlindungan lebih awal apabila bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) menghampiri paras sangat tidak sihat dan tidak menunggu sehingga keadaan mencapai tahap berbahaya.
Naib Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Johor, Senator Sheikh Umar Bagharib Ali, berkata keadaan jerebu yang semakin buruk di beberapa kawasan, khususnya Sarawak, perlu ditangani sebagai masalah kesihatan awam dan bukan sekadar...





