Menteri Pengangkutan, Encik Jeffrey Siow, bertikam lidah dengan Anggota Parlimen (AP) Parti Pekerja (WP), Encik Kenneth Tiong, di Parlimen pada 8 September berhubung laporan mengenai kerugian Air India dan permintaan syarikat itu kepada pemegang saham, termasuk Singapore Airlines (SIA), untuk menyuntik modal baharu AS$1.5 bilion ($1.90 bilion).
Encik Tiong (GRC Aljunied) bertanya “sama ada kerugian daripada dan jumlah tercatat dalam...





