calit warna-warni kenangan seperti parut pada kanvas wajah infiniti masih terus diteliti
berus-berus berkerak cat di dalam gelas berair pelangi tenggelam di danau semalam

calit warna-warni kenangan seperti parut pada kanvas wajah infiniti masih terus diteliti
berus-berus berkerak cat di dalam gelas berair pelangi tenggelam di danau semalam
Purata bulanan insiden siber yang dilaporkan kini meningkat kepada tiga kali ganda berbanding purata bagi tempoh Januari hingga Ogos, menurut Agensi Keselamatan Siber Singapura (CSA).
Dalam satu kenyataan media pada 13 November mengenai insiden siber yang baru-baru ini dilaporkan, CSA berkata insiden-insiden tersebut tidak kelihatan sebagai sebahagian daripada kempen serangan terselaras yang menyasarkan Singapura.
Program latihan berstruktur yang disokong pemerintah dengan tempoh lebih panjang di syarikat sedang dirancang, kata Pemangku Menteri Tenaga Manusia, Cik Jasmin Lau.
Beliau berkata program pelatih seumpama itu dapat melengkapkan lepasan baharu bukan hanya dengan kemahiran untuk memulakan kerjaya, malah bagi melangkah ke anak tangga kerjaya seterusnya dalam sektor yang sedang berkembang.
Cuaca yang tidak menentu, silih berganti antara hujan dan panas terik, tidak mematahkan semangat peminat untuk menyaksikan skuad Singa menguji keupayaan mereka menentang pasukan gergasi bola sepak dunia.
Bagi sesetengah penyokong, pengalaman menyaksikan perlawanan antarabangsa itu bermula jauh lebih awal – lebih tiga jam sebelum wisel permulaan ditiup.
Meskipun pertubuhan seperti PPIS mengalami gangguan terkait dengan komunikasi emel susulan gangguan sejagat sistem Microsoft, pusat-pusat di bawah kendalian badan tersebut kekal beroperasi seperti biasa, kata Penolong Pengarah Infokom Teknologi (IT), Pengurusan Kemudahan dan Perolehan di PPIS, Encik Thariq Aziz Abdul Hamid.
Menjawab pertanyaan Berita Harian (BH) menerusi pemesejan teks pada 13 November, beliau berkata operasi harian PPIS berjalan seperti...
Sorakan dan tepukan gemuruh peminat bola sepak mewarnai suasana apabila Cabaran Mizuho Blue menghimpunkan empat pasukan kebangsaan – Brazil, Jepun, Paraguay dan Singapura – dalam siri perlawanan persahabatan yang dinanti-nantikan.
Penyokong yang hadir bukan sahaja berpeluang menyaksikan aksi pemain pasukan kegemaran mereka, malah dapat menikmati pertembungan antara pasukan dari empat negara dengan tradisi dan corak permainan tersendiri.





