PUTRAJAYA: Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin, tidak perlu meletak jawatan dalam parti diterajuinya walaupun dijangka didakwa di mahkamah pada Jumaat (10 Mac).
Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Razali Idris, ketika menegaskan perkara itu berkata, beliau juga percaya kepimpinan parti tidak akan bersetuju jika Muhyiddin ingin meletak jawatan susulan perkembangan ketika ini.






