SINGAPURA akan menjadi negara pertama di Asia yang mendapat vaksin pneumokokal baru Pfizer, yang mempunyai perlindungan lebih luas dan boleh menggantikan dua vaksin yang kini digunakan di sini.
Vaksin itu melindungi daripada strain bakteria lebih biasa yang bertanggungjawab bagi penyakit pneumokokal, yang menyebabkan pelbagai jangkitan termasuk radang paru-paru, meningitis, sinus dan jangkitan telinga tengah.





