JOHOR BAHRU: Polis Johor telah menahan tiga lelaki yang disyaki melakukan jenayah pecah kenderaan termasuk kenderaan bernombor pendaftaran Singapura, di pusat peranginan di Desaru, Kota Tinggi, dalam kejadian pada 6 September, yang tular di media sosial.
Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad, berkata tiga lelaki tempatan berusia 26 hingga 36 tahun ditahan dalam operasi ‘Ops Kesan’ di kawasan Masai...





