LEBIH banyak pendanaan dan sokongan dijangka untuk sukan bola tchouk di Singapura menyusuli kejayaan pasukan nasional wanita dinobat sebagai pasukan nombor satu dunia pada awal 2023.
Ini termasuk rancangan Persatuan Bola Tchouk Singapura (TBAS) mendapatkan pengiktirafan sebagai persatuan sukan nasional (NSA) yang membolehkan sukan itu memohon pendanaan pemerintah.





