VANDA Halimah Yacob Mohamed adalah orkid kacukan silang Vanda Kulwadee Frangrance dan Vanda tesselata. Ia dinamakan sebagai penghormatan buat Presiden Halimah Yacob dan suaminya, Encik Mohamed Abdullah Alhabshee, yang melakukan Lawatan Negara ke Malaysia pada 20 hingga 22 Mac.
Upacara menamakan orkid itu di Istana Negara dihadiri Yang di-Pertuan Agong Malaysia, Sultan Abdullah Ahmad Shah, dan isteri beliau, Raja Permaisuri...





