WARGA Singapura harus bersatu untuk menangani ancaman keganasan dan adalah penting bagi setiap orang untuk tahu apa yang perlu dilakukan jikalau berlaku serangan pengganas, kata Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong.
Bercakap kepada media di Jurong Island selepas menyaksikan Exercise Northstar, satu latihan bagi menangani ancaman pengganasan, Encik Lee berkata "kita perlu bekerjasama antara satu sama lain di Singapura supaya...





