TEKNOLOGI canggih penyelidikan dan pembangunan yang dijalankan perusahaan komersial kini sudah melebihi penyelidikan yang disokong oleh pemerintah.
Oleh itu, adalah penting bagi negara dan pihak tentera bekerjasama rapat dengan perusahaan sedemikian bagi memastikan teknologi baru menyumbang kepada keselamatan kolektif dan bukannya mengganggu-gugatnya, kata Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong.





