Bagi Leftenan Muda (2LT) Saiful Azhar Saifuddin, pengalamannya menjalani Perkhidmatan Negara (NS) bukan sekadar mengenai ketahanan fizikal.
Malah, ia merupakan proses membentuk dirinya menjadi seorang pemimpin yang lebih matang dan berdisiplin, serta memahami dan menghargai kekuatan kerja berpasukan – seperti dalam bola sepak yang pernah diceburinya.





