SingHealth akan ditetapkan sebagai pusat tumpuan bagi agensi atom Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), di bawah satu inisiatif yang bertujuan membantu negara anggota menubuhkan atau memperluas keupayaan dalam bidang seperti perubatan nuklear.
Sebagai pusat tumpuan di bawah inisiatif ‘Rays of Hope’ (Sinar Harapan) IAEA, SingHealth akan menyokong usaha agensi tersebut untuk memperkukuh keupayaan serantau dalam onkologi...





