KASTAM Singapura menangkap dua lelaki Singapura dan merampas 3,550 karton rokok tidak dibayar cukai dalam satu operasi pada 2 Februari. Dalam operasi yang dijalankan di sebuah tempat letak kereta di Hougang Avenue 3, pegawai kastam melihat seorang pemandu lelaki berusia 30 tahun memindahkan kotak-kotak berwarna coklat dari sebuah van ke atas sebuah troli untuk diambil seorang lelaki berusia 63 tahun....





