Pernah bermain badminton hampir setiap hujung minggu, pasangan makcik dan anak saudara kini mengorak langkah untuk bermain sukan tersebut di luar zon keselesaan mereka dan bertemu dengan pemain lain daripada latar belakang berbeza.
Begitulah yang dikongsikan Cik Lily Ernawati, 44 tahun, semasa ditanya Berita Harian (BH) sebab menyertai Sukan Harmoni bersama anak saudaranya, Cik Sofia Maharani, 24 tahun.





