Daripada sekadar hobi hujung minggu, mak cik dan anak saudara yang bermain badminton hampir setiap hujung minggu mengorak langkah keluar dengan menyertai acara Sukan Harmoni.
Bagi Cik Lily Ernawati, 44 tahun; dan Cik Sofia Maharani, 24 tahun, yang berasal dari Indonesia, penyertaan itu membuka ruang untuk mereka meluaskan jaringan persahabatan serta berinteraksi dengan anggota masyarakat daripada pelbagai latar belakang agama...





