MARAWI (Filipina): Penduduk wilayah autonomi Bangsamoro, yang majoritinya beragama Islam, mula mengundi pada pagi 14 September untuk memilih anggota Parlimen buat kali pertama.
Ia berlangsung beberapa jam selepas keganasan bersenjata di luar sebuah pusat mengundi, menyebabkan sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh.





