PEMERINTAH akan menokok dana sebuah skim kredit gaji progresif sebanyak $2.4 bilion untuk terus menyediakan sokongan kepada majikan dalam mempertingkat golongan pekerja bergaji rendah, kata Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, pada Selasa.
Skim Kredit Gaji Progresif (PWCS) itu, yang diperkenalkan semasa Belanjawan 2022, menyediakan sokongan peralihan dari 2022 hingga 2026 kepada perniagaan yang meningkatkan gaji pekerja...





