PENGASAS kumpulan anti-vaksin Healing the Divide didapati bersalah bagi enam lagi tuduhan, terutamanya ke atas tindakan pemalsuan kepada Kementerian Kesihatan (MOH) melibatkan sijil vaksinasi Covid-19.
Pada Khamis, Iris Koh, 47 tahun, dituduh melakukan kesalahan itu dengan doktor keluarga swasta (GP) ketika itu, Jipson Quah, 34 tahun, dan lima orang lain sebanyak lima kali pada 2021.





