Usahawan wanita Islam di Singapura berpeluang mendapat akses kepada rangkaian antarabangsa dan peluang perniagaan yang lebih luas di Afrika Selatan menerusi kerjasama baharu antara pertubuhan Ikon Women Singapura dengan She Millionaire, sebuah organisasi berpangkalan di Afrika Selatan.
Kedua-dua pertubuhan itu menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) pada 11 September di De Villa Ballroom, Centrium Square, bagi memperkukuh kerjasama, jaringan serta pertukaran pengetahuan...





