BELUM sempat Allahyarhamha Yasmin Abdullah, 26 tahun, merasakan kemanisan alam perkahwinan, ajal datang menjemputnya.
Pembantu doktor gigi di sebuah klinik gigi di Upper East Coast Road itu baru saja mendirikan rumah tangga bersama suami, Encik Muhammad Zahid Abdul Gaffar, 29 tahun, tiga minggu lalu dalam sebuah majlis yang diadakan di Orchid Country Club.





