KEPUTUSAN peperiksaan Sijil Am Pelajaran (GCE) peringkat 'O' 2022 akan dikeluarkan pada 12 Januari ini. Mereka yang telah menduduki peperiksaan tersebut boleh menerima keputusan daripada sekolah menengah mereka mulai 2 petang, kata Kementerian Pendidikan (MOE) pada Khamis (5 Jan). Calon sekolah yang tidak sihat atau sedang mengasingkan diri akibat ujian Covid-19 positif tidak sepatutnya ke sekolah untuk mengambil keputusan mereka,...





