MASJID Bencoolen dijangka mengadakan solat Hari Raya Aidilfitri tahun ini bagi sekitar 1,000 jemaah, memandangkan projek peningkatannya dijadualkan siap sepenuhnya menjelang April. Ini dinyatakan pengerusi masjid di Bencoolen Street itu, Encik Mohamed Rafeeq Mohamed Yusoof, pada Jumaat (6 Jan). Fasa pertama peningkatan masjid itu telah selesai, membolehkan ia dibuka semula Khamis lalu, walaupun tidak sepenuhnya, iaitu bagi hingga 300 jemaah...





