PENYANYI muda berbakat, Sissy Imann Mohammad Kamil, mengakui fikirannya kosong selepas menerima kritikan pedas daripada juri tetap program realiti Famili Duo, Mas Idayu kerana dianggap gagal memberikan persembahan terbaik menerusi konsert minggu keenam Ahad lalu.
Setelah beberapa hari mendiamkan diri dan tidak menjawab panggilan sepupu dan rakan duetnya dalam peraduan itu, Naim Daniel, Sissy, 27 tahun, menulis di Instagram beliau...






